I was in standard One at that time and my uncles used to say about this letter. They referred the incidents as sad ones. When I was in Form Six, I was told that the letter was banned by government, including the book written by Tun M, 'The Malay Dilemma''. But few months after Tun M become PM in 1981, the banned book was lifted and we rushed to find the book in Singapore. But because it was too expensive for people like us at that time, RM 20.00, only a friend could bought it and we shared the book later on. We found the book is good for reading and its a kind of historical events that happened during that time. But now its all history. That include this letter, which was lifted the banned many years after Malay Dilemma was lifted the banned. I read a thesis written by a USM lecturer about Tun M legacy and saw the letter for the first time. I did not know whether that the letter was banned or not at that time - 2003. But I appreciate the content and gave me satisfaction after reading it. Now I produced the letter in full for the benefit of my blog's readers. Cheers.
Batu 6, Titi Gajah,Alor Star,
17hb. Jun 1969
Y.T.M. Tunku,
Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada
akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek
sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara
ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya.
Pendapat-pendapat
Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga
Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka
mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut
dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan,
fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham
tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu.
Tunku biasa
cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan
menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China.
Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan
kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei.
Tunku selalu "bertolak-ansor," ia-itu memberi kepada orang2 China apa
yang mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum
bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2
Melayu.
Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan
sebagai pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab
itu orang2 China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu
pula tidak ingin kepada Perikatan. Sebab itu orang2 China dan India
membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa
di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham
perasaan orang Melayu.
Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak
memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamok sehingga mengorbankan
nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana Tunku
terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam
dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat.
Patek mohon ma’af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada Y.T.M. Tunku.
Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik PAS baik Umno, betul2 benchi
pada Tunku, terutama orang2 yang di-hina-kan oleh orang China dan yang
kehilangan rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur
Tunku.
Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal-kan sebagai "The
Happy Prime Minister" walau-pun ra’ayat menderita. Mereka tahu bahawa
dalam keadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China
Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan
eskot Polis untuk menchari kaki poker.
Sa-balek-nya pula orang2
China tidak ada sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku
"naïve" dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat
patek sebut-kan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari
intelek sa-hinggga China becha. Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan
burok telah timbul.
Orang2 Melayu dalam Civil Servis, dari Perm.
Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera dan polis Melayu tidak ada lagi
kepercayaan dan respect kepada Tunku. Patek tahu kebanyakan mereka
sokong PAS dalam undi pos. Pegawai Melayu dari Polis, tentera dan askar
biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang sesuai
dengan kehendak mereka sendiri. Kalau Tunku membuat apa2 yang tidak
di-ingini oleh mereka, patek perchaya mereka tidak akan menurut kata
Tunku.
Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau
timbul kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula
"lose control over the armed forces". Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak
akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada
tentera. Tunku biasa jadi "Happy Prime Minister" tetapi orang yang akan
turut ganti tak akan merasai "happiness" apa2.
Patek harap Y.T.M.
Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata "satu hari mereka akan
bershukor dengan perbuatan saya". Ta’akan yang sa-orang itu selalu betul
dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku
fikiran ra’ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk Tunku
bersara dari menjadi perdana menteri dan Ketua Umno.
Patek faham
betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak.
Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek
tidak terangkan apa yang patek sebut-kan. Kalau di-penjara sa-kali-pun
patek terpaksa kata apa yang patek telah kata-kan.
Patek
di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak perchaya
kata2 orang kerana patek tahu Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu.
Patek-lah yang selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS kata yang
Tunku anak Siam yang ta’ berhak memimpin orang Melayu. Jadi Tunku juga
akan mempertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah Pakistani
dalam tubuh badan patek.
Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu
kenyataan yang patek buat itu ia-lah menchegah kejadian yang akan
menambah perasaan benchi orang2 Melayu terhadap kerajaan dan
menggalak-kan orang2 China menjatohkan lagi maruah orang2 Melayu.
Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini di-biarkan. Tentera
sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan
orang China boleh membuat kenyataan, kenapa ketua2 Umno tidak boleh?
Patek menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa
Y.T.M. Tunku akan bacha surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri. Patek
berdo’a ke-hadhrat Allah subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku
untok menerima kenyataan yang sa-benar ini walau-pun pahit dan pedas.
Patek Yang Ikhlas,
(Dr. Mahather bin Muhammad)
No comments:
Post a Comment