Wasiat Sultan Abdul Hamid

AMANAT SEBENAR ASAL-USUL KESULTANAN KEDAH

15 Januari 2012

Assalamualaikum wrt,

Ini adalah amanat sebenar yang datang dari keturunan asal raja-raja Melayu Kedah mengenai Kesultanan Kedah dan penggantinya. Amanat yang amat penting lagi tak ternilai ini disuarakan sendiri oleh MAHSURI, RAJA BERSIONG dan SULTAN ABDUL HAMID melalui sumber asal yang datang daripada ‘diri yang empunya badan’ dan bukan selain daripada mereka. Amanat yang ditulis secara naratif (berdasarkan percakapan ‘tuan yang punya badan’) ini adalah cerita sebenar asal usul peristiwa dan sejarah yang sebelum ini banyak tidak benarnya. Ia malah terpesong daripada peristiwa sebenar sehingga ada yang menggunakan peristiwa itu untuk kepentingan diri sendiri. Amanat tidak ternilai ini dikeluarkan semoga ia membawa perubahan sebenar sebagaimana dihajati oleh MAHSURI, RAJA BERSIONG dan SULTAN ABDUL HAMID. DAULAT TUANKU.

______________________________________


MAHSURI: KEBENARAN SIREH PULANG KE GAGANG DAN HARAPAN

Saya berasal dari Palembang dan mengembara bersama 3 lagi saudara lelaki sambil berjalan merentasi laut ke Sabah. Tinggi kami adalah 57 kaki dan bidang dada seluas 7 hasta. Maka tidak hairanlah kami mampu merentasi laut sambil berjalan kaki untuk sampai ke Sabah. Kami tidak lama di sana dan meneruskan pengembaraan sambil berjalan kaki merentasi laut hingga sampai ke pulau kecil dipanggil Langkapuri atau kini di panggil Langkawi. Kami tinggal lama di sana dan bersama rakan-rakan serta penduduk, kami bina pondok tempat tinggal, duduk dan makan bersama. Telaga air digali di tengah-tengah sawah tetapi hingga kini sudah dialih ke tempat lain. Begitu juga tempat makan kami juga sudah berubah tempat. Ketika kami sampai ke Langkapuri, keadaan di sana tidak ada apa-apa kecuali batu dan tanah sahaja. Saya membawa bersama benih padi 7 biji dan menanamnya untuk menghasilkan makanan. Juga bersama adalah semangat padi (seorang perempuan dan 5 saudara lelakinya). Asalnya kulit padi atau dedak itu adalah makanan utama kami yang ditumbuk dengan lesung. Tetapi satu hari tidak ada apa nak makan dan kami pergi ke pokok janggus. Kami ambil tulang padi (beras) untuk dimasak dan sedap rasanya untuk dibuat makanan. Sejak itu beras menjadi makanan kepada kami hingga kini. Punca nama ‘beras terbakar’ disebabkan Datuk Deraman membakarnya. Itu yang ‘depa kata tak buat apa-apa’.

Saya orang cantik, lain daripada yang lain, perempuan pula dan menjadi rebutan (aku nak dia nak). Tok Deraman kemudian mencolek dan menikam saya diperut selepas mengikat saya di pokok Kayang Dot. Saya meninggal di situ. Sebelum nafas hilang, saya sumpah, selagi tak cukup 7 keturunan, saya tidak akan kembali ke Langkapuri (Langkawi). Sekarang sudah cukup 7 keturunan, saya balik tengok anak cucu, nak bagi tau, rakan-rakan yang duduk di Langkawi supaya dapat tau. Ada duit-duit dulu (duit hasil dulu) sebanyak Satu Persepuluh juta (ketika itu banyaknya dan nilainya tak dapat dinilaikan sekarang). Duit itu tak tau siapa boleh mengambilnya (Sultan Kedah sekarang ini pun tak boleh mengambilnya), kecuali keturunan saya yang masih ada sekarang ini. Saya dah balik ke situ, jengah tempat itu, duit itu tak ada siapa ambil termasuk di Kedah. Duit itu adalah hasil dalam negeri.

Saya mengembara tanpa mengetahui siapa kedua ibu bapa saya kerana itu memang adat kami, setiap anak yang lahir tidak mengetahui siapa kedua ibu bapa mereka dan hidup ibaratkan kura- kura. Apabila tiba masanya, kami akan diberitau siapa diri ini dan keturunan. Ia ibarat pokok durian, ditebang tetapi bekasnya tetap pokok durian. Mati saya juga adalah dalam keadaan tidak berkahwin dan berkeluarga. Itulah sebenarnya asal usul keadaan sebenar saya.

______________________________________


RAJA BERSIONG: ASAL USUL DAN KEBENARAN SEBENAR

Saya keluar dari kampong di Palembang besama 4 rakan bersaudara tanpa sesiapa menjaga kami. Kami lahir dan keluar dari kampong ibarat ‘beralih lohor’. Kami singgah di Langkapuri (Langkawi) dan tiga antara kami (semua lelaki) meneruskan perjalanan, keluar hutan masuk hutan, singgah di tempat bernama Punai (kini dipanggil Brunei) kerana banyak Punai di situ. Kami singgah untuk minum airnya tetapi masin. Seorang rakan saya sepak batu di situ tapi tidak juga jumpa air, sebaliknya minyak yang digunakan oleh kapalterbang sekarang. Itulah yang kami jumpa bekas sebesar tempurung kelapa yang mengeluarkan minyak.

Langkapuri pun kami singgah di situ. Kami duduk di pulau itu lebih kurang 40 kali lohor lamanya sebelum kami pergi ke tempat lain. Seorang rakan bersaudara kami hilang tanpa diketahui ke mana perginya (hingga satu masa kami berhubungan juga dan beliau berada di Patani sebagai raja di sana). Seorang lagi rakan bersaudara kami duduk di Punai. Tinggallah saya seorang, Raja Bersiong.

Saya berjalan hingga tak makan dan minum, keluar hutan masuk hutan hingga jumpa orang buat rumah, tapi tak tau tempat apa namanya. Saya bersandar di pokok Meranti, beralih lohor, hingga lena di situ. Sedar, ada orang gerak, sepasang laki bini gerak saya. Lelaki itu bertanya, ‘Wahai orang muda, mengapa tidur dekat pokok, tak tidur atas dangau?’ Lelaki itu kemudian pegang tangan saya dan dibawa ke dangaunya. Saya diberi makan air nasi dan kami bersembang. Lelaki itu bertanya,’Wahai orang muda, datang dari mana?’. Saya jawap,’Hamba kembara’. Saya duduk dengan mereka dan lama-lama depa nikahkan dengan anak perempuan depa. Saya tak diberi keluar hutan dan kembara lagi. Duduk di situ sahaja. Tak lama lagi kami dapat SULTAN ABDUL HAMID yang lahir di situ.

Satu masa saya bertanya dengan isteri, gerangan siapa bapa ini (bapa mertua saya). Isteri menjawap,’Tok Penghulu Negeri Patani.’ Kemudian saya pun pergi, tinggal isteri dan anak. Lalu MAHSURI datang mengambil SULTAN ABDUL HAMID yang masih dalam buaian lagi dan diserahkan kepada GAJAH PUTIH. SULTAN ABDUL HAMID yang masih bayi lagi itu diletakkan oleh GAJAH PUTIH di BALAI RONGSERI ISTANA ANAK BUKIT, keliling tu semua ada BULUH KUNING. Saya berbuat demikian untuk memastikan tidak ada sesiapa pun yang membela SULTAN ABDUL HAMID kecuali pengasuhnya. Kalau tak buat begitu, tak ada lapis, jadi kena buat begitu. Semua peristiwa ini berlaku dalam keadaan WUJUD dan Mahsuri masih hidup lagi (belum lagi dibunuh). Saya sendiri masih hidup dan wujud lagi walau hilang ke mana. Semua peristiwa itu diberitau melalui seseorang kepada saya. Bersama dengan SULTAN ABDUL HAMID ada kalung yang dipakainya.

Saya buat begitu kerana tidak mahu orang lain tahu turun temurun saya, atas dasar keselamatan. Hari ini ramai percaya yang tak betul, tapi saya tau.

Selepas saya menghilangkan diri, saya ke PULAU PURLUIH (sekarang dipanggil Perlis) dan bersama rakan-rakan membina kota di situ. Tapi mereka marah kat saya dan menuduh saya jahat. Ada seorang tukang masak perempuan terhiris tangannya dan darahnya menitik ke dalam kuah bayam. Bayam itu adalah jenis bayam merah yang kalau dimasak kuahnya berwarna merah. Saya difitnah dan melarikan diri ke KOTA O (sekarang ini di atas daerah Sik). Mereka tak suka dan halau saya dan saya lari ke TUKUN BUKIT PINANG. Saya duduk lama di situ. Saya ada tanam pinang di situ dan bina kota bersama rakan-rakan. Penduduk di situ tak suka dengan saya dan menuduh saya suka makan darah anak dara sunting. Saya kemudian lari ke Perak, kawasan itu sekarang menjadi Tanah Rancangan FELDA, tapi tak tau namanya. Saya bersama rakan-rakan membina kota di situ. Tapi keadaan di situ tidak seronok lalu saya pergi ke KAKI GUNUNG JERAI. Saya ada 30-40 ekar dusun durian di situ ( di KOTA O ada 40 ekar dusun durian). Saya bersama rakan-rakan membina kota di SINGKIANG LAUT tetapi kota itu sudah dikambus bersama harta. Hanya harta di luar kota itu sahaja sempat diambil oleh kerajaan negeri Kedah. Sekali lagi saya dihalau oleh penduduk kawasan itu dan saya lari hingga terjatuh ke laut di SINGKIANG LAUT. Saya MANGKAT ketika masih lagi terapung atas laut dan mayat saya di hanyutkan hingga sampai ke PULAU TUBA, LANGKAWI dan di MAKAMKAN di sana.

Rakan saudara saya, MAHSURI, TAK PERNAH KAHWIN dan beliau adalah TUNGGAL sehingga akhir hayatnya.

_______________________________________


SULTAN ABDUL HAMID: HAK MUTLAK, PENGESAHAN DAN KEBENARAN

Tunku Abdullah adalah anak saya yang sulung dan lapis sebenar kesultanan saya sebenar. Tetapi beliau di tuduh kerana menjual Pulau Pinang kepada Inggeris dan dituduh juga kerana membunuh orang putih. Ini tidak betul. Kami tau siapa yang berbuat demikian tetapi tak perlulah untuk diberitau siapa mereka itu. Sebelum peristiwa-peristiwa itu berlaku, Tunku Abdullah sudah pun mangkat dan tuduhan itu adalah penipuan semata-mata untuk mengabui agenda tersembunyi mereka. Tunku Abdullah meninggalkan waris tunggalnya yang masih hidup lagi hingga kini.

Saya ada satu kalung dan mahkota yang diserahkan oleh bonda saya sebelum diambil Mahsuri dan gajah putih. Kalung itu hilang ketika saya mandi di Sungai Perak dan mahkota itu masih dalam simpanan waris tunggal saya.

Waris tunggal saya itu, yang sejak kecil dikenali sebagai AWANG tetapi nama sebenarnya Tunku Osman, dibela oleh seorang anak saya, Tunku Kassim. Ketika umur 21 tahun, AWANG duduk di Alor Setar dan ditugaskan menyelesaikan semua masalah di situ. Sehingga tahun 1951, AWANG ke SIAM dan tinggal di WAT SIAM bersama TOK SAMI LIDAH HITAM selama 7-8 tahun.

Bagi diri saya sendiri, saya telah dicolek oleh Inggeris dan dibawa lari ke England sehingga saya mangkat di sana (tahun tidak ingat) tetapi ketika perang dunia kedua saya masih ingat ketika diusung ke Kulim. Keadaan ketika itu amat kritkal kerana SIAM memberi arahan dibunuh semua keturunan diraja Kedah.

Apa yang saya ingin beritau ialah lapis SULTAN KEDAH sekarang untuk menjadi sultan sudah pun habis kerana dia adalah lapis yang ke TUJUH (7). Penggantinya tidak boleh disambung yang datang dari keturunan atau lapis yang sama sebagai lapis ke LAPAN (8) dan seterusnya kerana ia perlu kembali ke lapis PERTAMA (1) atau dari LAPIS lain. Jemaah penasihat SULTAN KEDAH sekarang yang seramai empat (4) orang itu adalah dari lapis ke TUJUH (7) dan tidak layak menggantikan SULTAN KEDAH sekarang jika sesuatu berlaku kepadanya. Takkan nak dipegang sampai 2000 tahun lagi. Kena diberikan kepada lapis yang lain pulak. Perlu diingat, jika betul kena teruskan, kalau bengkok kena luruskan, kalau tak betul kena betulkan.

Sekarang ini lapis PERTAMA itu adalah dari waris tunggal saya, AWANG, melalui anak sulung saya, TUNKU ABDULLAH. Soalnya, kenapa tidak dicari orang yang berhak itu, yang sebenarnya ada untuk duduk di situ? SAYA TAU TAPI KENAPA TAK DICARI ORANG INI SEDANGKAN KAMU TAU SIAPA DIA?



Ditulis dan disusun oleh:

DYMM Sultan Abdul Hamid







14 comments:

  1. Awang @ Tunku Osman dah tiada. Anaknya bernama Abdullah juga telah tiada hanya tinggal cucunya sahaja bernama Abdul Hamid juga. Cicitnya hendak ditabalkan di balai bersuluk diraja di gunung jerai tetapi menolak pertabalan tersebut kerana sia² dan tidak mendatangkan manfaat apa jua pun pada rakyat Kedah. Beliau berkata yg ada sekarang pun bukan orang lain selagi rakyat dijaga. Raja dijunjung... Amanat beliau:
    1. Sebolehnya baitulmal diluaskan fungsinya hingga sampai ke sasaran anak negeri yg dhaif dan dibuka kembali secara intensif untuk pembangunan ilmu anak negeri.
    2. Memohon kepada LHDN semoga orang bukan islam dibolehkan membayar jidziah dimana baitulmal boleh memberi contoh islam yg terbaik dalam membantu anak negeri dengan langkah permulaan baitulmal membayar RM 1 untuk setiap pendaftaran perubatan di hospital² kerajaan, sebelum diperluaskan kepada usaha membantu anak negeri dalam bidang pendidikan pula serta membangunkan ekonomi anak negeri dengan itu dapatlah baitulmal menunjukkan contoh islam yg lebih baik serta dari masa kesemasa menambah kutipan baitulmal juga.
    3. Langakah seterusnya dengan kapasiti masa kesemasa dapatlah baitulmal secara langsung membasmi riba dari tanah berdaulat kedah sehingga anak negeri beroleh manfaat disisi Allah swt.
    4. Syariat Islam itu diluaskan oleh baginda nabi kita saw bukan sahaja menyatukan kaum ansar dan muhajirin tetapi juga mempersaudarakan dengan ikatan. Maka adalah wajar jika boleh anak negeri meniru rahasia rasulullah ini melalui sebuah hadis sahih bukhari buku 8, hadis bernombor 387 dalam menyatukan umat islam, terutamannya anak negeri kedah.

    Inilah antara inti²... Wallahualam..

    ReplyDelete
  2. Saya rasa bukan orangnya yg unknown 18 Feb rujukan ni. Salah orang tuu. Difahamkan Awang@Tunku Osman tuu mangkat pada 2012 tetapi masih ada waris2nya. Silap kalau terus terjah cakap almarhum tak mau takhtanya. Cuba cari waris2nya dan tanya. Mungkin dapat jawapannya. Wallahuallam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Mungkin namanya saja sama (Awang dan Abdullah). Sebab Awang dan Abdullah dah lama tiada dalam cerita yg sy tahu. Kalau Awang yg tuan maksudkan mangkat pada 2012. Bermakna bukanlah org yg dimaksudkan.

      Kalau ditanya waris dari cerita sy nie sebahagian dari keturunan ulama. Ada kena mengena dengan Sheikh Abdullah Fahim (Tunku Abdul Rahman berurusan dengan Sheikh Abdullah Fahim dalam menentukan tarikh kemerdekaan negara). Ibu kepada Abdul Hamid cucu kepada Awang nie bernama Fatimah, pangkat Maksu kepada bekas PM Abdullah Ahmad Badawi. Sy pun sebenarnya tak begitu jelas. Dikatakan cicitnya berdarah kedah dan patani. Sultan Abdul Hamid dulu melindungi kerabat patani yg lari ke kedah dan diberikan tanah, lombong dsbnya. Cicit dalam cerita nie agak zuhud pada sy dia mcm tak kisah siapa yg perintah kedah. Mungkin kena paksa baru nak jadi (Kalau betul2 berhak). Cerita nie pun sy tak pasti sahihnya... Wallahualam, sy hanya sekadar bekongsi cerita saja.

      Delete
  3. Terima kasih kerana pencerahan ini tapi bukan begitu ceritanya. Apa yg diceritakan mengenai Awang@Tunku Osman Putra ini ada penuh kebenarannya. Cumanya sudah lama diketepikan dan tidak dicerita. Hanya org2 lama yg mungkin masih ada yg hidup lagi tau cerita ni. Apa yg cuba disampaikan oleh saudara tadi agak menyimpang terlalu jauh dan tidak ada kena mengenanya. Wallahuallam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih juga pada Tuan sebab sudi response komen sy.. Sy mula minat mengkaji serba sedikit sejarah nie lepas tesis sy pada tahun 1998 di selatan gunung jerai berkaitan dengan anomali magnetik (geologi) dan menjumpai bukti paras air laut surut dengan sangat drastik sebelum masyhurnya melaka. Dulu, makam seperti makam sultan muzzafar shah nisanya masih asli sekarang tidak. Masjid lama pengkalan kakap juga telah diubah dan tidak lagi mengunakan binaan asal. Semasa buat kajian tu mmg ada bertemu dengan satu dua benda² dan org² pelik. Menimbulkan minat pulak nak tahu sejarah kedah. Dulu selalu sy ikuti cerita nai long kasim. Terima kasih tuan atas pencerahan...

      Delete
    2. Sama2. Kedah ni penuh sejarah berwarna dgn pelbagai lapisan kesultanan. Tapi mereka semua sedarah. Insyallah...yg benar pasti dikenali...

      Delete
  4. assalamualaikum. saya ingin bertanya mengenai pewaris kerajaan negeri kedah. sama ada kerajaan negeri kedah tahu siapakah pewaris terakhir dan dimanakah meraka. berdasarkan apa yang sy dengar. bahawa pewaris kerajaan menetap di kedah dan hidup dalam keluarga yang sederhana. adakah benar apa yang saya dengar ini atau sebaliknya. mohon pencerahan pihak encik.

    ReplyDelete
  5. Anak sulong sultan abd hamid adalah tengku malek(pak tam/pemegang wasiat) abg kpd tunku abd rahman berlainan ibu..klu ada group wasap blh invite sy safariazmi78@gmail.com /014 3935 730

    ReplyDelete
  6. maaf bertanya,
    bukankah raja bersiong itu bernama raja ong maha perita deria?
    maaf bertanya lagi,
    adakah pihat istana kerajaan negeri kedah memiliki catatan berkaitan tabib2 pawang2 kampung yg mengubati sakit sultan2 terdahulu???
    sekadar mencari kebenaran dakwaan arwah ayah sy perihal keluarga sy..
    terima kasih

    ReplyDelete
  7. boleh email sy d
    beruklimited88@gmail.com

    bicara perihal karomah seorg sultan, sy sangat takut, tp ada juga 1 kisah yg arwah ayah smpaikan pada sy yang dismpaikn oleh bapanya kepada arwah ayah sy bernama nayan(±1929-2012) bin talib bin abu samah(abu saman).. arwah datok sy talib bin abu samah bergelar talib kudung(pawang kudung)

    ReplyDelete
  8. Moyang saya bernama Hj Dahari berasai drpd krong PiNang, yala. Kata Pak njang saya semasa dia remaja dia meRupakan rakan sepermainan DYMM Sultan Abdul Hamid. Yg cerita ni pon PENGasuh SAH. Nama Tunku Besah. Tunku besaH ni hidup lama panjang usI a. Last2 tau menetap di Sumatera. Sumatera blah mana tak tau..

    ReplyDelete