Tuesday, December 2, 2014

Adakah pengaruh Kominis masih kekal lagi subur dengan keadaan politik sekarang?

I sent a comment to Zam (Zamkata blog) about his stinging comments of what is now happening politically that link with communist. I wrote one comment quite sometime ago in one of the online paper when someone urged the government to allow Chin Peng back to Malaysia. I presume that the person who assume as the Malay name could probably is a disguise (actually is a non-Malay) and ploy to manipulate the reader that they have the Malays support.  Enjoy the reading!


Salam Zam. Cerita yang dipaparkan ini seolah mengundang saya menyiarkan satu laporan balas kepada akhbar online diketika kemuncak akhbar ini berkempen agar Chin Peng dibenarkan balik ke Malaysia untuk menziarah kubur emaknya. Komen yang diberikan oleh penulis (atas nama seorang Melayu - entah benar tidaknya) seolahnya bersetuju sangat dengan kempen berkenaan atas alasan kalau Kerajaan Malaysia boleh memaafkan Jepun kerana keganasan masa Perang Dunia Kedua, kenapa tidak dimaafkan saja Chin Peng. Bahkan Zam juga melaporkan bahawa polis berkata  penganjuran majlis makan malam perajurit PKM itu telah menimbulkan keresahan,kegusaran dan ketakutan masyarakat terhadap kemungkinan perjuangan komunis yang seolah-olah cuba dihidupkan semula. Ini amat bahaya sekali. Harap Zam dapat menyiarkan laporan balas saya ini kepada akhbar online ini yang disiarkan beberapa tahun lalu.

"Saya agak saudara masih lagi mentah kerana belum mengalami pengalaman setimpal dengan apa yang terdedah baik disegi politik, keselamatan negara apatah lagi emosi mereka yang pernah mengalami peristiwa sejarah kekejaman kominis. Saudara terlalu akademik, lojik dan mudah terpengaruh keadaan politik semasa yang banyak negatifnya ke arah Umno dan kerajaan BN tetapi tidak pernah merasai keperitan yang ditanggung oleh mereka akibat kekejaman kominis ini serta dasar tipu muslihat Chin Peng dan Kominisnya selepas ini. Cuba selami lagi apa yang saudara tulis dengan apa yang ingin saya sampaikan semoga dapat memberikan saudara lebih keinsafan daripada terus mempertaruhkan maruah bangsa dan agama semata-mata kepada „negarawan‟ Chin Peng atas dasar kemanusiaan untuk diterima masuk ke negara ini.

"Setakat ini, termasuk saudara menggunakan alasan Jepun sebagai sumber penerimaan Chin Peng tetapi kita perlu ingat, penyerahan diri Jepun selepas perang dulu diikuti oleh lawatan Maharaja Hirohito ke seluruh dunia demgam memohon maaf berserta rasa kesal dan insaf apa yang telah berlaku. Bahkan ketika Jepun sedang membangun dan kini maju, banyak bantuan disegi kewangan, pendidikan dan teknologi diberikan kepada semua negara yang pernah ditawannya, termasuk Malaysia hinggakan pelaburan Jepun adalah antara yang paling banyak di sini. Ketika negara menghadapi masalah ekonomi 1985-87, Jepun adalah tempat Malaysia bergantung hingga membolehkannya mencapai antara kuasa Ekonomi Asia sekitar 1990-97 hingga kini, termasuk ketika kemelut krisis ekonomi 1997 hingga menyebabkan kerajaan mengenakan dasar Currency Control daripada penyangak mata wang antarabangsa, yang hingga kini menjadi rahsia besar akan bantuan yang dihulurkan oleh Jepun. Semua ini fakta keikhlasan dan niat membantu, dan apa yang berlaku dimasa lalu kini sudah terbayar secara tak langsungnya kepada negara. Bahkan ramai pelajar kita sendiri sudah ramai yang berbahasa Jepun kerana dihantar belajar ke sana atas biasiswa kerajaan dan swasta Jepun. Adakah saudara mengkaji perkara ini? Saya rasa tidak.

"Berbalik kepada Chin Peng, kerajaan ada membenarkan ahli kominis kembali dan diberi bantuan jika mereka ingin berbuat demikian pada ketika perjanjian itu tetapi kebanyakan mereka enggan kembali dan menetap di Thailand, termasuk Chin Peng, yang kadang-kalanya sentiasa berada di China. Perlu kita ingat, taat setia kepada negara ini bukan boleh dijual beli atau mengikut sesuka hati berdasarkan perjanjian yang ada. Semangat taat setia kepada raja dan negara itu adalah amat penting dan adakah Chin Peng yang kini hampir ke liang lahad mempunyai perasaan demikian atau masih bercita rasa dan berkiblatkan Kominis Negara Cina? Cuba kalau boleh tanya Chin Peng, sebagai seorang yang mengakui Kominis seumur hidup, adakah beliau secara ikhlas taat kepada Raja dan Negara? Jika benar, kenapa peristiwa kekejaman lalu tidak langsung diberikan perhatian dengan memohon maaf atas segala apa yang berlaku kepada semua lapisan rakyat yang pernah mengalami kekejaman kominis dan juga kepada semua anggota keselamatan yang banyak berkorban demi negara semata-mata mempertahankan negara ini daripada ancaman Kominis? Kalaulah sekadar sekeping surat perjanjian demi menamatkan permusuhan dan perletakan senjata antara kominis dan kerajaan tetapi dalam pada itu mahukan lebih daripada apa yang rakyat dinegara ini ada, lebih baik duduk dalam hutan sajalah. Perjanjian itu dibuat oleh kerajaan semata-mata atas dasar pembangunan di sempadan Thailand dan kerajaan tidak ingin melihat penduduk kawasan berkenaan tidak merasai pembangunan sebagaimana yang dikecapi sekarang. Perlu diingat, kerajaan dikecam hebat ketika bersetuju menandatangani perjanjian berkenaan oleh semua lapisan anggota dan bekas anggota keselamatan selain ahli keluarga yang pernah mengalami kekejaman kominis. Adakah saudara teliti perkara ini? Saya kira tidak!

"Mereka yang mengalu-alukan kepulangannya kelak atas alasan kemanusiaan saya harap tidak menjadi “melepaskan anjing tersepit, yang kemudian menggigit kaki orang yang melepaskannya‟. Sejarah telah membuktikan betapa ideology dan ajaran kominis ini menghalalkan apa saja demi mencapai tujuan dan niat mereka. Walaupun dunia sudah melihat keruntuhan kominis pada akhir tahun 1980an, tetapi kita jangan lupa masih ada lagi yang mahukan ideology kominis terus subur melalui cara lain, antaranya melihat perpecahan parti politik dan rakyat sebagaimana yang pernah dilakukan dinegara-negara kominis yang sebelum ini bukan kominis. Apakah sejarah akan berulang? Perlu diingat, walaupun Rusia sudah runtuh, masih ada lagi Negara Kominis lain yang masih mengamalkannya walaupun dasar pintu terbuka dilakukan, yang antaranya Negara China sendiri. Masihkah saudara mahukan Chin Peng dikembalikan?

"Akhir sekali, fikirlah baik-baik sebelum terus dengan logik yang sahih berserta fakta politik yang ada sekarang (banyak putar belitnya) tanpa mengambil kira fakta sebenar dan perasaan rakyat hingga saudara tergamak bersetuju membenarkan Chin Peng kembali sedangkan orang sepertinya wajar dibunuh terus sebelum menjejakkan kakinya di bumi Malaysia. Saya berharap jangan pula ada yang menuduh saudara adalah sebahagian daripada “cell‟ kominis untuk perancangan masa depan pemerintahannya di Malaysia. Apakah saudara sememangnya KOMINIS? - Tamat.

Kini bahayanya perkara seumpama ini ibarat telahan Zam bahawa:
"Meskipun lebih ramai orang Cina yang tidak akan bersama mereka,tetapi tanpa sedar ramai orang Cina yang bersama dalam perjuangan cauvinisme Cina yang matlamat perjuangan mereka adalah untuk menidakan Raja Raja Melayu dan mahukan persamaan hak dengan orang Melayu yang berteraskan tiupan dan  hasutan  Komentang( Taiwan) dan semangat Republik Rakyat Cina.Ini amat merbahaya sekali."

Adakah kedua-dua isu ini saling berkait?